1st. January, 2009.
Yang ke-6, aku hendak buat kejutan. Aisya dah paham tentang, 'Now, close your eyes'. Aku dah selalu baca 'bedtime stories' tentang cerita 'Freddy Fox' yang mendapatkan kejutan dengan 'new yellow rain coat'nya. Jadi, aku cuba untuk buat 'suprise' seperti itu. Petang selepas kerja, aku pergi ke kedai kek dibandar. Mujur kedai belum ditutup sebab waktu itu dah hampir jam 6 petang. Dan aku sempat mendapatkan kek tiramisu yang terakhir.
Selepas itu aku terus balik. Sambil memandu, aku berfikir macamana nak buat supaya Aisya tidak sedar tentang kewujudan kek ini. Well, it's okay. Biasanya Aisya jarang berada di dapur pada waktu-waktu seperti ini, dan aku boleh menyeludup kek ini senyap-senyap ke dalam fridge. Ataupun sekiranya Aisya ada di dapur, dan menyambut kepulangan aku dari tempat kerja (Aisya selalu juga menyerbu memeluk aku sebaik sahaja aku membuang sandal di pintu masuk!), aku boleh membiarkan kek itu di dalam kereta dahulu, dan membawa masuk kemudian.
Tetapi, apa yang aku rancang jauh dari kenyataan. Kenyataannya, sebaik sahaja kereta dipandu masuk di lorong tar membawa ke rumah, Aisya sudah menunggu di tepi lorong itu, dengan nenek dan tokki yang sedang menebas pokok lengkuas. Jadi, aku terpaksa memberhentikan kereta dan Aisya terus melangkah masuk. Sebaik parking, Aisya terus keluar tanpa menoleh ke back seat. Alhamdulillah. Dan aku pula, terus mendapat idea baru. Memandangkan waktu itu sudah lewat, hampir 7 malam, aku suruh Aisya terus naik ke bilik mengambil towel untuk mandi. Dan dia tanpa banyak soal, mengikut sahaja arahan itu. Kesempatan itu terus aku ambil membawa masuk kek dan cepat-cepat di sumbat ke dalam fridge. Moga-moga dia tak buka fridge nanti.
Lepas solat maghrib, dia tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik dari dapur.
'Mama, nenek kata hari ni hari jadi Dania. Bila nak beli hadiah Dania?'.
Alahai.. nenek! Dan aku dengan selamba menjawab, 'Esok la birthday Aisya, esok la kita beli hadiah..nenek lupa tu..'. Tipu sunat! Hehe..
'Hmm.. ok lah'.
'Nanti Mama buat kad birthday untuk Dania yer'.
'Iyerrr...nanti mama buat'.
Memandangkan rahsia hampir terbongkar, aku kena buat cepat-cepat. Jadi cepat jugalah aku memberi kamera kepada cik, menyuruh dia mengambil gambar nanti. Aku beritahu dia tentang kek yang terletak dalam fridge dan Aisya yang tidak tahu tentang itu.
'Aisya, duduk sini. Mama nak pergi buat kad kejap. Jangan ikut tau..'.
Jadi dia langsung tidak menyangka tentang kek itu, dan barangkali betul-betul ingatkan mama sedang membuat kad birthday untuk dia. Ada juga dia cuba mengintai ke dapur, tetapi di halang oleh cik dia.
'Ok now Aisya, close your eyes!'. Aku naik dengan membawa kek yang telah dipacakkan 6 batang lilin yang menyala. 'Cepat la, cepat la. Dah boleh buka belum ni!'. Dia dah berguling di atas karpet.
'Ok, bangun dulu. Suprise!!!'

Aku menyanyikan lagu happy birthday to you, dan aku nampak dengan jelas air mata dia yang bergenang. Cukup gembira dan terharu barangkali. Kali ini kami menyambut hari jadi dia dengan kek sahaja, dengan nenek, tokki dan cik. Tapi, perasaannya sangat berbeza daripada sebelum-sebelum ini. Biasanya kami membuat sedikit jamuan dan sepupu-sepupu Aisya yang terdekat akan dijemput. Masing-masing membawa hadiah. Sesuatu yang kurang aku gemari, kerana apabila tiba giliran mereka, kami tidak dijemput untuk sebarang jamuan dan kami tidak dapat memberi mereka hadiah. And of course sebab kami sendiri lupa bila tarikh lahir mereka.
Aku rasa sungguh berbaloi kejutan yang aku buat untuk menyambut birthday Aisya kali ini. Sangat meriah biarpun hanya kami berlima yang menyambutnya. Boleh kot, gunakan ayat 'Less is more' disini.. hehe...
1 comment:
salam..selamat hari lahir buat aisya yg ke 6..moga panjang umur dan dimurahi rezeki oleh allah swt..amin..
Post a Comment