Thursday, January 01, 2009

Happy Birthday Dania Aisya


Hari ni Aisya mendaftar untuk memasuki darjah 1 di sekolah rendah yang berhampiran rumah. Kami pergi awal daripada waktu pendaftaran yang tercatat pada surat, iaitu 8.30 pagi sehingga 10 pagi. Jam 8.10 pagi, kami menjadi yang kedua sampai untuk pendaftaran. Sementara menunggu tempat pendaftaran di atur, kami sempat meninjau di mana kelas Aisya nanti. Bagusnya, berhampiran dengan tandas. Kemudian, selepas mendaftar aku menunjukkan kepada Aisya di mana kantin. Sempat lagi aku menunjukkan kelas aku ketika di dalam darjah 6 dulu. Bangunan itu tidak berubah. Sama seperti ketika tahun 1988. Hanya terdapat beberapa bangunan tambahan sahaja, dengan landskap yang lebih cantik.

Kemudian, kami ke klinik gigi. Gigi geraham Aisya yang berlubang ditampal dan tampalan sementara yang telah dilakukan sebulan yang lalu di gigi geraham yang lain diganti dengan tampalan kekal. Ketika proses itu berjalan, dia langsung tidak menjerit sakit. Akan tetapi, ketika dalam perjalanan pulang dia mengadu sakit dan menangis sehingga meleleh-leleh air mata. Aku berhenti di MyMart berhampiran pejabat, membeli sebotol air mineral dan roti. Kemudian aku bagi Aisya ubat tahan sakit dan tidak lama selepas itu dia bagitau rasa sakit sudah hilang.

Sampai dirumah, aku lapar. Jadi aku makan dulu nasi beriani yang aku beli ketika dalam perjalanan pulang tadi. Sambil itu, sempat juga menjawab beberapa panggilan telefon berkenaan kerja. Selepas makan, baru aku pergi kerja. Petang nanti, jangan lupa belikan kek birthday untuk Aisya. Aku nak buat 'suprise'!

No comments: