Sunday, January 04, 2009

Aisya masuk darjah satu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini Aisya memulakan persekolahan di darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu. Ianya sebuah sekolah biasa di kampung sebelah. Seperti diberitahu dahulu, sekolah yang menjadi tempat kami adik beradik memulakan pembelajaran rasmi. Dan sekarang giliran Aisya.


Bangun seawal jam 6 pagi. Pagi-pagi lagi Aisya dah siap. Mama pula kelam kabut menyiapkan perencah untuk membuat meehoon goreng. Menu pertama bagi memenuhi permintaan Aisya sebagai bekal ke sekolah. Aisya makan dulu nasi lemak yang tokki beli. Jam 7.20 pagi semua dah siap.


Nampak juga wajah takut-takut dia. But still, she's cool more than me myself! Mama terlalu berdebak-debuk sehinggakan terlupa untuk memberikan duit belanja! Mujur dia sudah membawa bekal dan dia juga rasanya masih belum berani membeli apa-apa di kantin. Ketika di pejabat juga, mama sempat menelefon ke rumah menyuruh cik pergi menjenguk Aisya di sekolah pada waktu rehat. Looks how worry i am.


Tengok, betapa gembiranya dia. Mujurlah dia sukakan sekolah. Gambar ini diambil ketika dia menuju ke arah mama selepas habis sekolah. Kerana takut terlewat, dan juga terlupa pagi tadi untuk memberitahu dia dimana dia perlu menunggu mama, aku datang 45 minit lebih awal daripada waktu tamat sekolah! Lama la pulak kena tunggukan..hehe.

No comments: