Wednesday, June 24, 2009

Tamat penggal pertama

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sungguh tidak menjenguk blog ini. Padahal cerita tentang Aisya tidak pernah surut. Tentang sekolahnya, tentang kelasnya, cikgunya, dan kawan-kawannya. Tentang dia mengaji Iqra' dengan Makcik Ros, tentang kenakalannya dan macam2 lagi la.


Aisya memangku sepupunya yg baru pertama kali sampai ke kampung.

Aisya dah besar. Cepat tinggi. Kurus. Muka dia dah tidak nampak bulat cam dulu-dulu lagi. Dia selalu ukur ketinggian dia dengan mama. Dan one day, mama pasti dia akan lebih tinggi dari mama yg cuma 4'11 1/2" ini. Pada umur 6 thn 6 bln dia sudah tinggi hingga ke paras dada mama. Rambut dia masih panjang, terlalu sayang rasanya untuk dipotong. Paling tidak cuma dipotong rambut dibahagian hadapan sahaja.

Aisya dah boleh membaca walaupun masih kurang lancar. Practice will make her perfect. Dia juga ada mula menunjukkan minat membaca dengan membaca apa sahaja yang mama sedang baca. Ya, ianya menyusahkan mama sebab akhirnya mama kena mengalah dengan membiarkan majalah itu dikuasai oleh dia seorang. Adakalanya boleh juga memujuk dengan memberikan dia buku cerita dia yg banyak sangat, dan mama baca majalah. Dan kemudian akan bergemalah seluruh rumah dengan suara dia membaca. Memang kuat, kalah suara mama masa mama kecik2 dulu (pun membaca dengan suara yg kuat!).


Cuti pertengahan penggal lepas, Aisya hanya dibawa ke pantai sahaja. Mama tidak dapat menunaikan janji kerana tiba2 bumbung stadium runtuh dan kerja mama datang mencurah2 bagaikan hujan yg sgt lebat dan tanpa henti. Jadinya, kerana kasihankan Aisya, mama layan Aisya mandi laut di pantai. Aisya main air dan mama kena temankan sebab Aisya takut kalau mama jauh sedikit. Nak main air sangat, tapi takut! Camner tu!


Exam yg lepas, keputusan Aisya kurang memberangsangkan. Mama agak kecewa tapi nenek, tokki dan cik semuanya berkata ianya ok sebab Aisya baru di tahun pertama persekolahan. Perlu banyak diberi peluang untuk dia membiasakan diri dengan pelajaran dan sekolah. Ya, mama sedar itu. Lagipun, tidaklah teruk sangat dengan keseluruhan 64%, kategori baik. Kedudukan dalam kelas, 15/28. Kehadiran, full. Mama juga tidak mahu terlalu menekan, juga tidak mahu terlalu membiarkan. Mama mahu Aisya berjaya dalam hidup, bukan hanya dalam peperiksaan.

1 comment:

laki cikgu kimia said...

tengok gambar aisya bawah ni sayu la. rajinnyer die stadi. supaya die menjadi manusia yg berjaya!