Thursday, November 06, 2008

10 Perkara Tentang Aisya

1. Aisya merupakan cucu sulung, sekaligus anak saudara pertama yang dilahirkan pada 1hb Januari memudahkan pengiraan cucu-cucu nenek dan tokki yang lain selama berapa tahun dia lahir.

2. Kerana dia baby pertama dalam keluarga selepas 22 tahun (umur busu), dia sangat menjadi perhatian kami sekeluarga. Setiap kali busu dia balik dari kl, atau pak ude dia balik dari johor (jarang), atau cik ngah ke kuantan, mesti ada habuan untuk Aisya. Ianya boleh berbentuk apa sahaja seperti pakaian, permainan, buku, dan macam-macamlah.

3. Aisya ketika baby ada lesung pipit di pipi kanan dan lekuk di atas tulang pipi yang jelas kelihatan ketika dia ketawa. Tapi sekarang lesung pipit tu sudah hilang, tinggal lekuk itu yang kadangkala kelihatan ketika dia bergelak ketawa.

3. Aisya sangat mudah mesra dengan sesiapa sahaja, sejak baby lagi. Dan ianya kadangkala sangat merisaukan kerana apabila ke shopping complex atau berjalan-jalan ke mana sahaja, dia tidak takut kepada orang ramai yang suka sangat menegur dia.

4. Pada usia 5 tahun, Dania sudah menjejaki banyak tempat. Antaranya Kuala Lumpur (paling kerap, boleh dikatakan setahun 2,3 kali jugak), Skudai (masa mama belajar di sana), Pasir Gudang (rumah pak ude), Kuantan (shopping), Perak (pak saudara mama kahwin di Kg. Gajah), Cameron Highland (yang terbaru, Julai lepas kot), Melaka (Zoo Air Keroh), Negeri 9 (ikut keluarga busu pergi Family Day dekat Tiara Beach Resort), Mersing (selalu singgah masjid, makan dan sempat ambil angin kat pantai mersing on the way balik ke terengganu dari johor), UPM (masa pak saudara mama konvo), dan Kota Bharu (shopping). Aisya hanya belum ke utara malaysia yakni Kedah, Penang dan Perlis) dan Sabah dan Sarawak. Banyak jalan sungguh Aisya ni..(mama dia sebenarnya..hehe)

5. Aisya mula masuk tadika pada umur 4 tahun, dan komen pertama cikgu dia, dia sangat banyak bercakap. Dia bercerita macam 'mak nenek' tentang macam-macam pada cikgu dia. Kekadang bercakap macam orang yang dah dewasa. Nak buat camner, dah dia sejak lahir duduk dengan nenek.

6. Kegemaran dia ialah melukis dan mewarna. Dia sudah pandai melukis kapal layar (yang terbaru, dia tunjukkan pagi tadi pada mama), rumah, bunga, orang, dan macam-macam lagi.

7. Rancangan tv kegemaran Aisya ialah kartun dan program yang ada Uncle Aznil (Tom Tom Bak, dll). Setiap petang sesampai sahaja dirumah dari tadika (tokki yang mengambil dia di tadika), dia akan mengadap cerita kartun di Tv9, bermula dengan Wonder Pet (dia boleh nyanyi dengan lancar lagu wonderpet), Blue's Clue dan seterusnya sehingga yang terakhir Spongebob. Biasanya dia boleh ditinggalkan seorang ketika ini di hadapan tv tanpa sesiapa perlu menemani. Kalau nak tanyakan sesuatu juga, perlu ditanyakan acap kali baru dia layan.

8. Aisya seorang yang tidak takut makan ubat. Sejak kecil lagi, sejak memberi dia makan ubat menggunakan picagari, dia sangat mudah makan ubat. Yang terbaru, dia sudah boleh makan ubat berbentuk pil kecil.

9. Adakalanya dia menjadi seorang yang sensitif. Bila tengok orang menangis, dia akan turut menangis walaupun dia tidak faham kenapa orang itu menangis. Tengok tv cerita sedih pun, dia akan bersedih. Dia akan bagitau mama dia, 'Mama, Nia rasa sedih la. Nia rasa macam nak nangis jer'.

10. Aisya buah hati pengarang jantung mama!

1 comment:

shaZZ said...

Hai Aya,

Add my kid's blog link ke your kid's blog page, boleh? You can go to her blog: http://nsf1010.blogspot.com and click on "Follow" button.
Thanks.

- Shazz