Sunday, October 19, 2008

Berlarian di Pantai Kelulut

Ini adalah episod berlarian di Pantai Kelulut. Seperti burung yang terlepas dari sangkar. Bebas terbang di langit biru. Kebetulan pula, hari tersebut cuaca elok sahaja, tidak panas, dan tidak juga mendung. Kami sebenarnya singgah di pantai itu kerana menunggu waktu sehingga selepas Asar. Kami sampai di tempat yang kami tuju lebih awal dari yang sepatutnya. Jadi, sementara menunggu, kami sahaja menghabiskan masa di pantai yang cantik itu.

Kami iaitu aku, mak dan Aisya seronok berjalan di pasir yang lembap dan lengang itu. Aisya lagi seronok, kerana sudah lama dia tidak dibawa ke pantai. Berlari-lari tanpa henti.

Alangkah seronoknya dia. Tiada apa yang perlu difikirkan. Apa yang penting dalam kehidupan dia, hanya Mama dia dan keluarga yang ada disekeliling dia.

Kuatlah Aisya, sekuat mama menjaga dan membesarkan Aisya...

No comments: