Ini gambar belakang rumah aku. Ada kandang lembu ayah, yang hanya tinggal 3 ekor (seekor lembu sudah mati dilanggar kenderaan di jalan raya yang berhampiran). Ada juga pokok rambutan yang rendang, dan pernah juga la aku panjat masa dah ada anak ni. Tak sangka la plak aku still boleh panjat pokok. Seingat aku, masa kecik-kecik dulu aku memang terror panjat pokok, terikut-ikut dengan adik lelaki dan abang yang lasak. Pokok kelapa yang tinggi menjulang itu sudah ada disitu sejak aku kecik-kecik lagi. Dan dibelakang sana, kawasan sawah padi yang sudah ditinggalkan. Tuan-tuan punya tanah sudah tidak berminat lagi untuk menanam padi sejak hampir 5 tahun yang lepas. Dania tidak sempat untuk merasa keseronokan melihat orang menanam padi, air banjir yang menenggelamkan pokok padi yang hendak tumbuh, angin kencang yang meniupkan pokok-pokok padi bagaikan ombak beralun, berlari-lari sambil bermain layang-layang kertas surat khabar di atas batas di celah-celah pokok padi yang menguning, dan macam-macam lagi la... Pada tiang kayu yang ada kayu berpalang-palang di atasnya tu ialah pokok naga (dragon fruit). Sekarang pokok tu dah menjalar hingga ke atas palang kayu itu, tapi masih belum berbunga. Hampir setiap pagi aku jenguk melalui tingkap untuk melihat sekiranya bunganya dah keluar. Sabar jer la.
Tuesday, August 19, 2008
Belakang rumah.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ish... Sedih betul. Baru baca ayat pertama dah citer kematian (lembu). But hey, I miss 'kampung' scene like this. Sure best tido malam sejuk bbbbrrrrr... kan?
Last 'kampung' aku singgah, panas humid, tak tahan, kat Kota Tinggi teman member berubat. At least Fasha ada chan tengok ayam la, and main ngan anak-anak kucing situ (very clean compared to kucing bandar) HAHAHA!!
- Shazz
Post a Comment